Pages

Friday, March 18, 2011

BAB 5

'Apa???Dia suruh ko tulis cerita pasai kejadiaan kat kedai buku tu?'Soal Sofea sambil membeliakkan matanya.
' Yup,Aimi membalas sambil termenung merenung fail dihadapannya.
'Means,dia dah cam ko laa?' Soal Sofea curiga.
'Dia mmemang dah kenal aku 110%.Habislaa aku...Sofea!!!Macammana ni???'Aimi terus mengharap simpati daripada Sofea.
'Ya Allah,gawat ni...teruk ko nanti,macammana dia boleh kenal ko?Kan ak suruh ko buat rileks ja...'
'Aku memang dah habis rileks dah tadi,tapi tiba-tiba dia cakap dia pernah tengok aku kat kedai buku,aku nak buat apa lagi?'Balasnya sambil menjungkitkan bahu.
'Apasal ko x nafikan?'Soal Sofea.
'Aku dah penat nafikan,berjuta-juta alasan ak bagitau dia,satu pun dia tak terima.'Balas Aimi berwajah sugul.
'Hebat juga pensyarah ko ni kan?'Sofea mula tersenyum.
'Dah-dah...ko tak payah nak berangan-angan,mai sini tolong aku,reka ayat...dah laa nak kena hantar hari jumaat ni.'Aimi cepat-cepat menyekat angan-angan Sofea.
'Yelaa,aku tolong ko,tapi,upah jangan lupa taw.'Balas Sofea sambil tersenyum manja.
'Ya laa,nanti aku bagi cadbury kat ko.okey???'
'Orite,ni yang aku sayang ko lebih.Sofea terus tersenyum...
Aimi hanya memandang dengan ssenyuman melihat telatah sahabatnya yang seperti budak kecil.

***************************************

Telefon bimbit Amir berdering.Dia memandang skrin,tertera nama Sally di skrinnya,dia malas untuk menyambut panggilan tersebut dan membiarkannya berhenti dengan sendiri.Selang beberapa minit,telefonnya berdering lagi.
'Hello...jawabnya malas.
'Hello Mir,rindu I tak?'Soal Sally dengan suara yang menggoda.
'Tak pun...Kenapa you call I malam-malam buta ni?You dah tak reti nak tengok jam ke?'Balas Amir pedas.
'Alaaa you ni,sengaja nak perli I ke?Sally mula merengek seperti kucing miang.Actually,I nak ajak you keluar makan laa,I bosan laa,jom teman I.'Goda Sally.
'Sorry Sally,I dah makan dengan family I tadi,dah kenyangpun.'Balasnya bersahaja.
'Kalau macam tu,kita keluar bersiar-siar...come on laa Mir,malam masih muda.Jom laa,I rindu sangat nak jmpa you.'Sally masih tidak berputus asa.
'I tak boleh,I ngantok sangat,esok I ada kelas,nak mengajar,you pergilah ajak jantan-jantan lain,I sure ramai yang nak keluar dengan you.'Sindiran Amir bagaikan gunung berapi buat Sally.
'Sampai hati you cakap I macam tu,Inak balik dengan you,kita sambung balik hubungan kita,I dah sedar sekarang ni...kita sambung ye Mir,'pujuknya lagi.
'You nak sambung balik lepas apa you buat?Sory laa Sally,I bukan lelaki dayus!!!Amir terus meletakkan gagangnya.Dia menghembuskan nafasnya kasar.Peristiwa kecurangan Sally bagaikan ditayang kembali dilayar ingatannya.
Kasihnya pada Sally tidak dapat dibendung lagi,sayangnya tidak dapat ditapis lagi,segalanya mengatasi akal warasnya.Dia nekad untuk mengahwini wanita yang sentiasa bertakhta dihatinya.Segala persiapan telah diatur.Para jemputan telah dijemput,perkahwinan mereka akan diadakan secara besar-besaran.Semuanya telah dirancang dengan rapi.Tetapi,siapa sangka Sally sanggup membuat onar...
Dua hari sebelum perkahwinan mereka,Amir bergegas ke rumah Sally apabila mendapat panggilan mengatakan wanita itu ditangkap basah dengan lelaki asing.Hatinya hancur lebur dan terlalu sakit dengan perbuatan Sally.Sekarang,perempuan itu datang menagih kasihnya kembali.Baginya perbuatan Sally telah melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan.Walaupun Sally datang merayu sambil menanggis air mata darah sekalipun,maruah keluarganya sudah tercalar.Syukur,Allah telah membuka jalan kepadanya untuk tidak menerima perempuan itu.Jika tidak,hancurlah rumah tangga mereka.
Amir tersedar dari lamunannya,apabila terdengar ketukan pinti dibiliknya.Kemudiaan terjenggul muka Aina sambil tersenyum manja.
'Kenapa tak jawab masa Aina panggil tadi?Penat tau,rengek Aina manja.
'Sorrylaa,abang tak dengarlaa...Kenapa ni,datang bilik abang?Soalnya.
'Kenapa???Nak jumpa abang sendiripun tak boleh ke?Aina pura-pura merajuk.
'Mana ada,buruklaa,adik abang ni merajuk...'Amir tersenyum melihat telatah Aina.
'Orang datang untuk ambil novel yang suruh abang beli hari tu,ada tak?Soalnya penuh mengharap.
'Ooo,novel tu,ada atas almari tu,pergilaa tengok.
Aina terus berlari mendapatkan novel yang diingininya.Amir hanya mengelengkan kepalanya.Aina lantas membelek-belek novel tersebut sambil tersenyum.
'Dah puas hati ke???'Amir menyoal.
Aina tersenyum tanda puas dengan pemberian Amir.
'Thankz taw abang,sayang abang sangat...'
'Thankz aja???nanti Aina kena tolong abang taw.Amir sengaja mengenakan Aina.
'Alaaa abang ni,tu pon nak berkira...Aina merungut,Aina tak nak tolong abang,gadis tu terus berlari menyelamatkan diri selepas menjelir lidah.
Amir ketawa melihat telatah Aina,pandai dia melarikan diri,takut digeletek Amir.Amir tersenyum sendiri,telatah Aina yang manja selalu menghiburkan hatinya.Akhirnya dia terlelap dengan senyuman terukir dibibir.

No comments:

Post a Comment