Pages

Friday, March 18, 2011

BAB 5

'Apa???Dia suruh ko tulis cerita pasai kejadiaan kat kedai buku tu?'Soal Sofea sambil membeliakkan matanya.
' Yup,Aimi membalas sambil termenung merenung fail dihadapannya.
'Means,dia dah cam ko laa?' Soal Sofea curiga.
'Dia mmemang dah kenal aku 110%.Habislaa aku...Sofea!!!Macammana ni???'Aimi terus mengharap simpati daripada Sofea.
'Ya Allah,gawat ni...teruk ko nanti,macammana dia boleh kenal ko?Kan ak suruh ko buat rileks ja...'
'Aku memang dah habis rileks dah tadi,tapi tiba-tiba dia cakap dia pernah tengok aku kat kedai buku,aku nak buat apa lagi?'Balasnya sambil menjungkitkan bahu.
'Apasal ko x nafikan?'Soal Sofea.
'Aku dah penat nafikan,berjuta-juta alasan ak bagitau dia,satu pun dia tak terima.'Balas Aimi berwajah sugul.
'Hebat juga pensyarah ko ni kan?'Sofea mula tersenyum.
'Dah-dah...ko tak payah nak berangan-angan,mai sini tolong aku,reka ayat...dah laa nak kena hantar hari jumaat ni.'Aimi cepat-cepat menyekat angan-angan Sofea.
'Yelaa,aku tolong ko,tapi,upah jangan lupa taw.'Balas Sofea sambil tersenyum manja.
'Ya laa,nanti aku bagi cadbury kat ko.okey???'
'Orite,ni yang aku sayang ko lebih.Sofea terus tersenyum...
Aimi hanya memandang dengan ssenyuman melihat telatah sahabatnya yang seperti budak kecil.

***************************************

Telefon bimbit Amir berdering.Dia memandang skrin,tertera nama Sally di skrinnya,dia malas untuk menyambut panggilan tersebut dan membiarkannya berhenti dengan sendiri.Selang beberapa minit,telefonnya berdering lagi.
'Hello...jawabnya malas.
'Hello Mir,rindu I tak?'Soal Sally dengan suara yang menggoda.
'Tak pun...Kenapa you call I malam-malam buta ni?You dah tak reti nak tengok jam ke?'Balas Amir pedas.
'Alaaa you ni,sengaja nak perli I ke?Sally mula merengek seperti kucing miang.Actually,I nak ajak you keluar makan laa,I bosan laa,jom teman I.'Goda Sally.
'Sorry Sally,I dah makan dengan family I tadi,dah kenyangpun.'Balasnya bersahaja.
'Kalau macam tu,kita keluar bersiar-siar...come on laa Mir,malam masih muda.Jom laa,I rindu sangat nak jmpa you.'Sally masih tidak berputus asa.
'I tak boleh,I ngantok sangat,esok I ada kelas,nak mengajar,you pergilah ajak jantan-jantan lain,I sure ramai yang nak keluar dengan you.'Sindiran Amir bagaikan gunung berapi buat Sally.
'Sampai hati you cakap I macam tu,Inak balik dengan you,kita sambung balik hubungan kita,I dah sedar sekarang ni...kita sambung ye Mir,'pujuknya lagi.
'You nak sambung balik lepas apa you buat?Sory laa Sally,I bukan lelaki dayus!!!Amir terus meletakkan gagangnya.Dia menghembuskan nafasnya kasar.Peristiwa kecurangan Sally bagaikan ditayang kembali dilayar ingatannya.
Kasihnya pada Sally tidak dapat dibendung lagi,sayangnya tidak dapat ditapis lagi,segalanya mengatasi akal warasnya.Dia nekad untuk mengahwini wanita yang sentiasa bertakhta dihatinya.Segala persiapan telah diatur.Para jemputan telah dijemput,perkahwinan mereka akan diadakan secara besar-besaran.Semuanya telah dirancang dengan rapi.Tetapi,siapa sangka Sally sanggup membuat onar...
Dua hari sebelum perkahwinan mereka,Amir bergegas ke rumah Sally apabila mendapat panggilan mengatakan wanita itu ditangkap basah dengan lelaki asing.Hatinya hancur lebur dan terlalu sakit dengan perbuatan Sally.Sekarang,perempuan itu datang menagih kasihnya kembali.Baginya perbuatan Sally telah melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan.Walaupun Sally datang merayu sambil menanggis air mata darah sekalipun,maruah keluarganya sudah tercalar.Syukur,Allah telah membuka jalan kepadanya untuk tidak menerima perempuan itu.Jika tidak,hancurlah rumah tangga mereka.
Amir tersedar dari lamunannya,apabila terdengar ketukan pinti dibiliknya.Kemudiaan terjenggul muka Aina sambil tersenyum manja.
'Kenapa tak jawab masa Aina panggil tadi?Penat tau,rengek Aina manja.
'Sorrylaa,abang tak dengarlaa...Kenapa ni,datang bilik abang?Soalnya.
'Kenapa???Nak jumpa abang sendiripun tak boleh ke?Aina pura-pura merajuk.
'Mana ada,buruklaa,adik abang ni merajuk...'Amir tersenyum melihat telatah Aina.
'Orang datang untuk ambil novel yang suruh abang beli hari tu,ada tak?Soalnya penuh mengharap.
'Ooo,novel tu,ada atas almari tu,pergilaa tengok.
Aina terus berlari mendapatkan novel yang diingininya.Amir hanya mengelengkan kepalanya.Aina lantas membelek-belek novel tersebut sambil tersenyum.
'Dah puas hati ke???'Amir menyoal.
Aina tersenyum tanda puas dengan pemberian Amir.
'Thankz taw abang,sayang abang sangat...'
'Thankz aja???nanti Aina kena tolong abang taw.Amir sengaja mengenakan Aina.
'Alaaa abang ni,tu pon nak berkira...Aina merungut,Aina tak nak tolong abang,gadis tu terus berlari menyelamatkan diri selepas menjelir lidah.
Amir ketawa melihat telatah Aina,pandai dia melarikan diri,takut digeletek Amir.Amir tersenyum sendiri,telatah Aina yang manja selalu menghiburkan hatinya.Akhirnya dia terlelap dengan senyuman terukir dibibir.

Thursday, October 21, 2010

BAB 4

Aimi keluar dari kelas dengan muka masam mencuka.Sesiapa yang menegurnya tidak
diendahkan.Dia melangkah laju menuju ke kafe untuk bertemu Sofea.Hanya gadis itu
yang sudi berkongsi cerita dengannya.Sofealah satu-satunya sahabat dunia dan
akhiratnya.Hanya Sofealah tempat dia mengadu,meminta pertolangan dan menceritakan
kisah hidupnya.Gadis itu mampu menceriakan hatinya dan sanggup membantunya dalam
kesusahan.Aimi terus menghayun langkahnya tanpa mempedulikan panggilan daripada
seorang anak muda,Zaim.Zaim berlari-lari anak mengejar Aimi,gadis pujaan
hatinya.Gadis yang satu ini sukar betul untuk ditawan,sedangkan berpuluh-puluh gadis
tersungkur apabila melihatnya.Sukar bagi dirinya untuk mengakui kekalahannya apabila
tidak mampu menawan gadis tersebut dan ini menjadikan dirinya tercabar.
Zaim terus menangkap tangan Aimi apabila dia sudah hampir dengan gadis tersebut.Aimi
merentap kasar tangannya dari genggaman Zaim.
" Apa ni Zaim???"Soalnya marah.
" Saya terjerit-jerit panggil awak dari tadi.Kenapa awak terus jaa lari."Balas Zaim
sambil melapaskan lelahnya.
" Suka hati sayalah nak lari ke lomapat ke jalan ke.Apa awak peduli?"Jawab Aimi
kasar.
" Kenapa awak dingin sangat dengan saya ni.Apa salah saya pada awak?Soal Zaim merayu.
" Tak ada salahpun.Saya tak suka cara awak ja.Itu je."Balas Aimi bersahaja.
" Cara saya?Maksudnya,awak tak membenci saya la?"Soal Zaim penuh mengharap.
" Buat apa saya nak membenci awak.Ada saya dapat faedah?Saol Aimi tenang.
" So...kita boleh berkawan?Zaim menyoal lambat-lambat.
Aimi serba salah.Nak terima atau tidak.Tak kan nak tolak.Orang nak berkawan.Kalau
tolak,dia terkejar-kejar lagi.Rimas aku.Macammana ini.Terima aja laa.Dia bukannya
nak jadi pak we ko pun.Otaknya ligat berfikir.
Aimi mengganggukkan kepalanyatanda bersetuju.Zaim terus melompat gembira.
" Tapi...Aimi mencelah..
Kenapa???Soal Aimi curiga.
" Hubungan kita setakat kawan aje yer.Tak lebih dari itu.Aimi memberi syarat."
" Okey.Zaim tersenyum.Hanya mulutnya yang melafazkan tetapi hatinya tetap
memberontak mengatakan Aimi akan menjadi miliknya suatu hari nanti.Zaim menanam
tekad.
" Okeylaa awak.saya nak jumpa Sofea dulu.Kita jumpa lain kali ya.Aimi tersenyum
mesra."
" Baiklah,nanti kita jumpa lagi.Bye.
" Bye".Aimi terus menghayunkan langkahnya ke kafe.Mamat ni,time aku bengganglaa nak
datang menegur aku.Nasib baik aku dapat mengawal bara api aku.kalau tak,mahu
tersembur tadi.Aimi bermonolog sendirian.
Zaim menghantar pemergiaan Aimi dengan pandangan kosong.Dia tersenym megah kerana
gadis itu berjaya ditawannya.Tak sabar rasanya memberitahu rakan-rakannya akan
kemenangan besarnya ini.Maruahnya harus ditebus kembali.Peristiwa 2 minggu lepas
bagaikan ditayang kembali.

****************************************************

Pipinya perit selepas menerima tamparan Aimi.Gadis itu begitu berani meletakkan
tangannya kemuka Zaim di khalayak ramai.Gadis itu telah menamparnya di hadapan teman-
temannya.Maruahnya jatuh bagaikan kaca yang pecah berderai.Dia hanya melafazkan
kata-kata cintanya kepada gadis pujaan hatinya itu,tetapi dia telah menerima
tamparan yang maha hebat.Dia malu apabila cintanya di tolak mentah-mentah.Selepas
kejadiaan itu,semua orang memandang serong kepadanya sehinggalah teman-temannya
mencabarnya untuk mendapat Aimi kembali.Mereka membuat taruhan atas maruahnya.Jika
dia mendapat Aimi kembali,maruahnya dapat di tebus.Sejak itu,dia nekad,walauapapun
yang terjadi,Aimi pasti menjadi miliknya.Maruah dan malu menjadikannya manusia yang
berdendam...dan semua ini harus dibayar kembali oleh AIMI NADIA...

Saturday, September 25, 2010

BAB 3

" Assalamualaikum kelas..."How are you today?" Soal Amir sebaik melangkah masuk ke dalam kelas.
" Waalaikummussalam Encik Amir..Fine,thank you.How are you sir?" Soal seorang pelajar.
" Alhamdulillah,saya sihat.Matanya memandang Aimi." Gadis itu tunduk memandang jarinya sambil leka bermain pen.
" Aimi..." panggil Amir.
Pen digenggaman tangan Aimi terpelanting ke hadapan.Terkejut besar apabila namanya diannouce tanpa dijangka.Dia memandang tepat kearah muka Amir sambil mengetap giginya.Geram dengan perlakuan pensyarah muda itu.
Amir tunduk mengutip pen di hadapannya.Dia berjalan ke arah Aimi dan meletakkan pen tersebut tepat dihadapan Aimi.
" Lain kali, jangan nak berangan dalam kelas saya.FAHAM !!!" ucap Amir berbaur amaran.
" Faham Encik Amir."Jawab Aimi sambil menundukkan kepalanya.
" Oh ya,awal pulak awak datang ke kelas hari ni?" soal Amir sambil tersenyum menyindir.
Aimi memandang tepat ke muka Amir.Mata mereka bertembung untuk seketika.Cepat Aimi mengalih pandangannya.Hatinya beerdebar-debar.Amir tersenyum bangga.
" Erm...Aimi,lepas habis kelas nanti,jumpa saya ye.Sya tunggu awak kat depan.Saya harap awak tak hilangkan diri lagi.Boleh promise dengan saya tak?" Soal Amir sambil merenung wajah Aimi.
" Insyaallah kot Encik Amir."jawab Aimi bersahaja...Padan muka kau baboon.kenakan aku sangat...Aimi bermonolog sendiri.
Amir terlopong.Dia terus memandang Aimi.Gadis itu kelihatan bersahaja.Matanya merenung tepat kemata Aimi.
" Baiklah,kalau itu jawapan awak.Okey,saya akan tunggu awak kat depan,kalau 10 minit lepas kelas,awak tak datang jumpa saya,saya akan potong markah mana-mana assigment awak." Faham!!!
Aimi terus menggangkat mukanya.Dia merenung Amir sambil mengetap giginya...eei baboon ni,mentang-mentang kau lecturer,boleh ugut aku pulak." Aimi mengerutu sendiri.
" Ada bantahan ke?" soal Amir selamba sambil tersentum puas.
Dia terus memulakan kuliahnya tanpa mempedulikan pandangan pelik pelajar-pelajarnya.Selepas hampir 2 jam,Amir menghentikan kuliah setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan memastikan tiada soalan daripada pelajarnya.
" Okey kelas,I think we have to stop here.Saya dah nampak ramai yang asyik pandang jam je." Amir tersenyum mesra kearah pelajar-pelajarnya.
Semua pelajar tergelak dengan usikan Amir,tak kurang juga yang hanya tersenyum.
" Okeylaa kalau macamtu,awak semua boleh bersurai sekarang.See you tomorrow.Assalamuailaikum..."
" Waalaikummussalam.jawab mereka serentak.
Amir duduk dimejanya sambil memperhatikan gelagat pelajar-pelajarnya yang berpusu-pusu keluar dari kelas.Matanya terpandang Aimi yang asyik mengemas buku-bukunya.Gadis itu kelihatan bersahaja.Amir cepat-cepat melarikan pandangannya apabila melihat Aimi mendongak kepalanya dan perlahan-perlahan melangkah kearahnya.Dia berpura-pura mengemas buku-buku yang berselerak diatas mejanya.
" Encik Amir," panggil Aimi lembut.
" Yes,Amir mengalih pandangannya kearah Aimi."
" Sebenarnya,saya nak minta maaf pasal kejadian semalam.Saya tak ada niatpun nak buat Encik Amir tunggu.Saya ada emergency semalam.So,terpaksa balik awal.Aimi memberi alasan.Nasib kau laa baboon,aku bukan sengaja nak tipu,setakat tipu sunat ja.Aimi masih bermonolog.
"Emergency???Ish minah ni,biar betul,emergency apa?aku nampak dia seronoknya lepak kat kafe semalam.Ni mesti kes nak tipu aku ni.Amir berfikir sendiri.Otaknya ligat mencari idea untuk membongkar rahsia Aimi.
" Yup...ada emergency sikit.Sebab tu saya terpaksa balik...Aimi masih meneruskan lakonannya.
" Ooo,something terjadi laa ni...apa dia???Soal Amir bersahaja.
Alamak apa aku nak jawab ni.Kotak fikiran Aimi ligat nencari idea.
" Ai Aimi,tak kan benda yang baru terjadi semalam,awak dah lupa.Soal Amir sindir.
" Eh tak laa...ni hah,kucing saya sakit...Aimi meneruskan penipuannya..sejak bila aku ada kucing ni...
Ooo,kucing sakit???Orang macam awak ni pun ada pet ke?Soal Amir sambil tersenyum.Saya rasakan kucing awak ni pun pandai berpura-pura macam tuan dia jugak...Betul tak???
" Apa yang Encik Amir merepek ni?Soal Aimi getar.
" Betulkan apa yang saya cakap,Aimi,awak tak perlu nak tipu saya pun.Saya nampak awak dekat kafe tu lepas kelas saya semalam.Apa lagi alasan yang awak nak bagi kat saya?sambung Amir dengan nada yang lebih tegas dan keras.
" Ermmmm...tak laa Encik Amir.salah orang tu..." Aimi masih menetapkan pendiriannya walaupun dia tahu dirinya nampak gugup.
" Aimi,Aimi...masih nak menipu.Amir sengaja memerangkapnya.
Aimi tertunduk memandang lantai.Dia tidak berani berhadapan dengan lelaki dihadapannya.Aimi masih diam membatu.
" Tak pa laa Aimi,saya maafkan awak kali ni.Lain kali,jangan ulang lagi.Kalau lepas ni saya nak jumpa awak lagi,saya harap awak tak lari lagi dari saya kan?Soal Amir sambil tersenyum menyindir.
Apahal pulak mamat ni nak jumpa aku pulak lepas ni?Aimi diam berfikir.
" Aimi...Amir mengetuk mejanya..
" Hah!!!ye...
" Awak ni...memang suka berangan ye???Hobi ke?Soal Amir sambil menggangkat keningnya."
" Tak laa,mana ada.balas Aimi malu.
" Kenapa saya rasa macam pernah nampak muka awak ya?Amir cuba mencuri tumpuan gadis dihadapannya.
Ish,tak kan dia cam kot.Aimi berfikir sendiri..
" Ya ka Encik Amir???Maybe kita pernah jumpa kat alam roh dulu kot..siapa yang tahu..Aimi membalas sambil tersenyum menutup gugupnya.
" Maybe...tapi sat=ya rasakan,roh kita jumpa kat kedai buku kot.Agak-agaklaa kan,roh kita berdua jaa ke yang tersesat kat kedai buku tu.Betul tak Aimi?sindir Amir...
Gulp!!!Aimi menelan liurnya.Ntahlaa Encik Amir...jawabnya acuh tak acuh.Dia dapat merasakan dirinya terperangkap dalam mainan Amir.Macammana aku nak blah ni?Dia berfikir sendiri.
" Ermmm,Encik Amir,kalau tak ada apa-apa,saya nak balik dulu.Aimi meminta izin tanda hormat,walaupun hatinya kian membengkak.
" Ooo,dah nak balik,betullaa,saya lupa,kucing awak sakit kan.Amir masih lagi menyindir.
Aimi mengetap giginya.Dia lantas bangun dan terus menghayunkan langkahnya ke pintu tetapi terkandas apabila namanya diglamourkan sekali lagi oleh Amir...Dia segera berpaling menghadap pensyarah muda itu.
Amir menghayun langkah kemas menuju kearah Aimi.Ditangannya ada sebuah fail.Dia terus melangkah,selangkah ddemi selangkah sehingga jarak mereka hanya tinggal beberapa meter sahaja.DEru nafas Amir boleh didengar Aimi.Bau wangiaan Aimi menusuk masuk kedalam hidungnya.Mata mereka bertembung buat seketika,kedua-duanya terpana,kaki bagaikan terpaku dan mulut turut terkunci.Keadaaa mereka berlanjutan selama beberapa minitsehinggalah telefon bimbit Amir berdering.Maing-masing menjadi kalut.Amir terus mengangkat fail ditangannya dan menyerahkan kepada Aimi.
" Awak bacalaa apa yang ditulis didalam ni,ini hukuman awak sebab buat saya tertunggu-tunggu semalam.So,saya nak awak siapkan before this Friday.
Aimi kebinggungan.Dia membuka fail dan membaca tajuknya, " Kau Sayangku".Mamat ni kenapa?Nak suruh aku buat apa dengan novel ni,Aimi bermonolog sendiri.Dia kebinggugan.
" Encik Amir nak saya buat apa dengan novel ni?Soal Aimi lurus.
" Saya nak awak tulis esei bagaimana awak dapatkan novel ni di kedai buku minggu lepas.Saya nak yang fakta ja termasuklaa awak pukul someone.Makesure esei tu lengkap.Faham???
Aimi terus terdiam...hatinya geram dengan perlakuan selamba pensyarah muda tersebut.Dia terus melangkah pergi dengan assigment mengarut yang baru diperolehnya tadi.
Amir tersenyum puas melihat gelagat Aimi.Gembira kerana dapat mengusik gadis comel itu.

Friday, August 6, 2010

EPISOD 2

“ Apa???Kau tinggal lecturer kau tu macamtu jer…Soal Sofea pelik.
“ Ya laa,habis tu kau nak suruh aku buat apa?Tak kan nak suruh aku tuggu lagi.” Soal Aimi.
“ Ya laa…Tapi tak baikkan kau buat dia tertunggu-tunggu macam tu..”
“ Memanglaaa…aku pun tak nak wat macamtu..tapi aku terpaksa laa.”Aimi cuba menjelaskan.
“ Kenapa?Kau kenal ke lecturer tu..” Soal Sofea curiga.
“Aku kenal dia tapi aku tak sure dia kenal aku ke tak.”
“ Ish kau ni,cepatlaa story…jangan nak buat suspen kat sini.Macammana kau kenal dia.” Soal Sofea pelik.
“ Okey…Kau ingat tak cerita kat kedai buku minggu lepas? Aimi masih bermain tarik tali dengan Sofea.
“ Cerita yang kau belasah mamat berlagak tu?Soalnya lagi.
“Yup…Pandaipun kawan aku..Mamat berlagak tu adalah lecturer aku.Dengan segala hormatnya aku memperkenalkan dia kat kau..
“What???Lecturer kau???Biar betik?Sofea masih tidak percaya..Kau jangan buat lawak antarabangsa kat sini.
“Ish kau ni..Ingat sekarang musim raja lawak ke?Kalau tak,tak kan aku nak lari dari dia.Nasib baik aku recognise dia awal-awal.Kalau tak,memang aku sengaja gali kubur sendiri la…
“ Rilex laa…Siapa nama lecturer kau tu?
“Entah,mr baboon kot..”Balas Aimi acuh tak acuh.
“Kau ni betul-betul laa..Main-main pulak.Geram Sofea dengan perangai Aimi.
“Encik Amirlaa…”
“ Ish…Aimi Nadia!
“What???Okey,Encik Amir Naufal…Puas hati.”Balas Aimi
“Ermmmm,nice name…Orangnya macammana?
“Dah,jangan nak fikir lebih-lebih…Sofea,kau tolong laa aku…”Aimi hampir merayu..
“ Kau nak suruh aku tolong apa?Apa yang aku boleh tolong?Kau jangan nak buat benda-benda pelik.Kau tu bukan boleh harap…Soal Sofea pelik + curiga.
“Kau kan orang kedua yang pandai dalam kampus kita selepas aku..So,aku nak dengar laa pandangan bernas dari kau.Apa yang aku patut buat kalo berhadapan dengan mamat berlagak tu…
“Ceh,sengal laa kau ni.Poyo jaa lebih.kata orang pandai,so,kau fikir laa sendiri..Sofea mula malas melayan keperasanan Aimi.
“ Tolong la beb…Kadang-kadang orang pandai ni kena tanya pendapat orang lain jugak…Apa kau rasa?Aku patut buat ap?
“Ya laa tu…Tak sangka aku,tinggi jugak tahap kepoyoan kau kan.Macam ni laa,kau buat laa slumber jaa kalo jumpa dia.”
“Boleh pakai ke idea bernas kau ni.Aku memang nak buat slumber,tapi tiap-tiap hari kena menghadap muka dia.macammana ni?
“Kau buat rilex jaa.lagipun,benda tu dah berlaku seminggu yang lepas.Aku confirm,dia tak kan ingat punya.Banyak lagi benda yang dia nak ingat.Janji kau jangan buat gabra biawak kau,confirm dia tak kan ingat punya.”
“ Betul ke?Ish,musykil jaa suggestion kau…tapi aku akan try.kalau tak jalan jugak,aku cari kau.Kau cari laa bakeup plan…Dah aku nak tidur,kau fikir laa eh..”
“ Senget betul kau.Problem kau,aku pulak yang nak kena fikir.Kau sesedap hati dan perasan jaa pergi tidur.Tak boleh jadi ni.Sofea mula membebel.
“ALAMAK!!!Nenek dah bebel…Baik aku tidur cepat.Aimi terus menarik selimutnya keparas dada.Tambah menambah sakit hati Sofea.
Sofea memandang gelagat Aimi.Geram dengan tingkahlaku Aimi tapi dia masih mampu tersenyum.Beberapa minit kemudian,lampu terus terpadam dan mereka hanyut dalam mimpi masing-masing.

******************************************************************************

Amir memandang ke syiling biliknya…Kotak fikirannya ligat memikirkan situasi didalam kelas.
“ Siapa laa agaknya budak berani mati tu kn.Memang sengaja menguji tahap keimanan aku tu.Aku beria-ia tunggu dia kat depan,macam tunggul kayu,dia boleh blah macamtu jer…Amir terus memikir.
“ Abang Amir….suara Aina,adik Amir mematikan lamunan Amir."
“ Ye..Kenapa Aina?Soalnya sambil memandang wajah adik kesayangan.
“ Mana novel yang Aina suruh belikan tu.Soal Aina sambil memerhatikan keliling bilik Amir.”
“ Ohh novel tu..ada je…cuba tengok kat atas meja tu.Abang rasa,abang letak kat situ.
“Aina terus melulu menuju kearah meja yang terletak disudut bilik.
“ Eh sabar-sabarlaa..Amir menegur peragai adiknya.Apalaa best sangat novel tu.Susah betul nak dapatkannya,sampai abang kena…Amir terhenti berkata-kata.Ingatannya singgah pada kejadian di kedai buku seminggu yang lalu...
“ Kena apa bang???Soal Aina pelik.
Amir masih memikirkan gadis yang telah membelasahnya..
“ ABANG!!!Aina mula naik berang..
“Ye..tak ada apa-apa laa..biasa je..Ok laa,pergi baca novel tu.”
“Abang halau Aina ye…Ish geramlaa dengan abang ni..
Ye laa..Abang halau ni…pergi balik cepat.abang nak berangan ni …
“Geram dengan abang ni..Aina menarik muka masam.geram dengan kelakuan Amir.Dia terus mengambil novel dan terus menutup pintu bilik dengan kasar.Amir hanya tersenyum memandang gelagat adiknya.Dia terus mengingat rupa paras gadis tersebut.
“Kenapa muka minah yang belasah aku tu macam muka si budak Aimi tu jer..Tak kan pelanduk serupa kot.Amir terus bermonolog sendiri.Kotak fikirannya ligat memikir akan kemungkinan bahawa Aimi adalah gadis yang membelasahnya.
“ Ish,macammana aku tak perasan langsung.Memang sejibik laa…Memang sah laa dia tu minah yang belasah aku.Amir terus menepuk dahinya…Patut laa dia terus blah.takut ak perasan laa tu..Amir masih lagi bermonolog.Kemudian dia tersenyum penuh makna…
“ Nasib kau laa Aimi..dapat lecturer macam aku..Siap laa kau…Kotak fikiran Amir terus merangka satu adengan nakal…

Thursday, July 15, 2010

EPISOD 1

“Aimi!!!!! Bangun laa..Dah lewat ni.Kau ada kelas tak? “ Soal Sofea sambil menggerakkan badan Aimi.
“ Erm….Balas Aimi malas.
“ Ada tak??Aku nak keluar dengan Azrai ni.Kelas aku batal.Kau macammana?Ada kelas tak?Kalau tak ada,tak apa laa,kalau ada,ni yang aku bimbang ni.Tak kan kau nak ponteng kelas lagi.Sofea terus membebel kepada Aimi.
“ Aimi masih lagi dengan gayanya.Malah dia terus menarik selimut sehingga paras dada.Sejuk dan nyaman sekali pagi ini.Rugi rasanya kalau tak menikmati pagi ini dengan sebaik-baiknya.Aimi terus melangkah kealam mimpi.Leteran Sofea tidak sedikitpun menggugat tidurnya yang nyenyak.
“ YA ALLAH…AIMI NADIA BINTI MUSTAFA….Bangunlaaa….Sofea terus menjerit ditelingga Aimi.Geram dengan keslumberan Aimi.
“ Iye,iye,aku bangun laa nenek Sofea.Yang kau jerit pagi-pagi buta ni kenapa?Burungpun lari tau dengar suara kau.Balas Aimi bersahaja…Dah pukul berapa ni?Soalnya lagi.
“ Ooo nenek Sofea ya.Burung pun lari kalau dengar suara aku.Nah tengok sendiri dah pukul berapa.Balas Sofea pura-pura merajuk sambil menyerahkan jam ketangan Aimi.
“ Erm…Baru pukul 8.00 pagi.Kelas aku pukul 8.30. Rilek laa.”Balasnya sambil menarik selimut dan cuba memejam mata.
“ WHAT !!!!!!!!!!!Kelas pukul 8.30,sayangku Aimi.Kau boleh lepak lagi? “ Soal Sofea curiga.
“ Tapikan baru pukul 8.00 pagi.”Bagilaa aku menikmati pagi yang indah ni dengan bahagia sikit.” Balas Aimi masih dengan berselimut.
Sofea mula naik berang dengan peragai Aimi.” Lantak kau laa.”Balas Sofea malas.
“ Jap!!!Aimi menjerit secara tiba-tiba.
“ Apa lagi.Kan kau nak menikmati pagi yang indah ni.Nikmatilaa puas-puas.Nanti kalau tak dapat bas dan kau lewat ke kelas,jangan salahkan aku.” Sofea memulakan ceramah paginya.
“ Ya Allah..Aku lupa…Dah pukul berapa sekarang ni????Mati aku.Memang aku sengaja gali kubur sendiri hari ni.”Aimi mula gelabah.
“ Kau ni kenapa?Macam nampak hantu je.Kenapa kau mimpi hantu ke tadi?Soal Sofea kaget dengan tingkah laku kalut Aimi.
“ Banyak laa hantu kau.Hari ni lecturer baru,gantikan Madam Mazni yang macam singa tu.Kalau aku lambat,habislaa.Dah laa lecturer laki kot.Slack laa prestasi pelajar harapan.Balas Aimi dalam satu nafas namun masih mampu bergurau.Dalam keaadaan kalut beginipun,dia mampu membuat lawak.Itulaa Aimi,mampu menceriakan sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya.Namun begitu,sikap gelabah dan suka bertindak sendiri menjadikannya lucu dan comel dihadapan sesiapa sahaja.
“ Ish…Asyik buat lawak jaa kau ni.So,sekarang ni macammana..Dah lambat.Sekarang dah pukul 8.20 pagi.Cepatlaa mandi.Nanti lagi lambat.
“ Aku tak nak mandi laaa.Dah tak sempat.Nak tunggu bas lagi.Kau ingat bas datang on time ke.” Balas Aimi sambil kalut mencari baju yang ingin dipakainya.Entah kenapa semalam dia tidak menseterika bajunya.Macammana ni.Aku nak pakai baju apa ni.Dia bermonolog sendirian.
Kau jangan buat pasal.Cepat pergi mandi.Laa...Yang kau terconggak kat depan almari baju tu kenapa?Cepatlaa Aimi.Jangan antun sangat.Tak apa.Nanti aku suruh Azrai hantar kau.Cepatlaa.Nanti lambat,Azrai tak nak hantar.Kitaorang nak pergi dating ni.Kata Sofea sambil tersenyum,namun senyumannya mula mengendur bila terpandang wajah sayu Aimi.
“ Kenapa ni Aimi?Ada masalah apa ni.Soal Sofea curiga.
“ Aku lupa nak iron baju semalam.Tak tau nak pakai baju apa.Tak sempat nak iron dah.Jawabnya ringkas sambil membuat muka cemberut,meminta simpati dari Sofea.
“ Ermm,nak suruh aku iron,cakap aje laa.Tak yah nak buat muka sepuluh sen kau tu.” Balas Sofea sambil menarik baju dari tangan Aimi.
“ Hehehehehe….Ni yang aku sayang kau lebih.Balas Aimi sambil lari laju menuju ke tandas.Baru 5 minit,dia dah keluar dari tandas dan terus menyambar kain baju kurung dan menyarungnya.Kemuadian dia mengesa Sofea sehingga gadis tersebut kalut untuk melakukan kejanyaSelepas bersiap ala kadar,kedua-dua gadis tesebut mula melangkah meninggalkan rumah teres mereka.Azrai yang menunggu mereka hanya tersenyum melihat kedua-dua gadis tersebut.

**********************************

“ Cepatlaa Az,aku dah lambat ni.Kelas aku pukul 8.30 tadi.Sekarang dah pukul 9.00 pagi.Matila aku kalau lambat. Kau kan tahu,aku ni pelajar yang baik plus skema.hehehe…mana boleh datang lambat…”
“ Ye laa Aimi.Skemala sangat.Bukan tiap-tiap hari kau lambat ke kelas ke? “ Soal Azrai sambil tersenyum.
“ Eh,mana ada.Aku lambatpun sebab tunggu buah hati penggarang jantung kau tu.”Aimi menggenakan Sofea.
“ Apsal aku pulak..Kau yang bangun lambat,aku yang kena…Sofea mula mempertahankan diri.
“ Hehehe….Aku gurau je.Memangla aku lambat,tapi tak adalaa sampai macamni.Selalunya setakat 2 or 3 minit je.Tu pun tak pernah kantoi tau.Alih-alih hari ni,aku lambat sampai macamni.Dah laa lecturer baru.Memang aku sengaja gali kubur sendirilaa.Eh,Az,cepatlaa.Aku betul-betul terdesak ni.Kereta kau tak boleh terbang ke? ” Soal Aimi sambil bergurau.
“ Kau ni,Aimi, ada-ada saja. Kalau kereta ni boleh terbang,dah lama aku terbangkan,kau tak payah suruhpun,aku dah buatkan khas untuk kawan aku yang kesempitan ni.Hahahaha… Balas Azrai sambil tergelak.Sabar eh,aku tengah usaha ni.Kau tau laa sekarang ni time orang masuk kerja.Jam laa.Sabar eh..kau banyak bertenang,istighfar dan doa-doalaa supaya lecturer kau tu tak garang macam Madam Mazni tu.” Balas Azrai sambil tersenyum.
“ Aku harap macamtu jugak.bagi sinilaaa.Biar aku yang drive kereta kau.”
“ NO…Sofea dan Azrai menjerit serentak..Kmudian mereka berdua ketawa bersama…
“ Apsal pulak…Soal Aimi pelik…
“ Kau jangan buat kerja gila.Dah laa lesen tak ada,pastu sesedap hati je nak bawak kereta.Karang jadi apa-apa macammana.Kitaorang jugak yang susah..Sofea memulakan leterannya.
“ Entahnya Aimi,kalau kau nak drive,aku lebih sanggup naik bas…Karang hospital bukannya masuk kuliah.Tak nak aku..Dah,kau tenang aje kat belakang tu,don’t worry,be happy…
Biar cik abang aku yang drive.Kau jangan kacau konsentrasi dia.Baik kau duduk diam-diam kat belakang tu.Okey baby,tenang,easy…Tarik nafas dalam-dalam dan lepas slow-slow.”
“ Banyaklaa korang punya bertenag,bawak bertendang ada laa.Okeyla,aku duduk diam-diam.Balas Aimi sambil mencebik mulutnya.
“ Macamtu laa kawan aku.Sabar eh.Sofea tersenyum dengan gelagat Aimi.
Aimi mula menarik muncung empat belas nya.
Selepas mengambil masa selama 15 minit,kereta Azrai tiba di hadapan fakulti Sains Kemanusiaan.Aimi terus melompat keluar dari kereta sebaik sahaja kereta terus berhent.
Jumpa lagi and thanks...Aimi masih sempat melampbai tangan kearah teman rapatnya itu.
Azrai dan Sofea terus menggeleng kepala mereka dengan gelagat Aimi.

*********************************

Amir laju menghayun langkahnya ke kelas.Selepas lewat 15 minit.Dia masih belum pasti samada pelajar barunya masih setia menunggu ataupun sudah beransur hilang meninggalkan kelas.Salah sendiri juga,terover slept.Terlupa,hari ni merupakan hari bersejarah baginya selepas beberapa tahun bergelar pelajar.Hari ini merupakan hari pertama dia memulakan tugas sebagai pengajar.Kerjaya yang diidamkannya sejak kecil lagi.
Dari luar kelas,kedengaran suara binggit pelajar kelas psikologi kumpulan 2.Semua pelajar gembira barangkali kerana pensyarah yang dijanjikan belum lagi tiba.mungkin ada yang merungut kerana tidak sabar ingin berjumpa dengan pensyarah muda yang dijanjikan.Amir terus melangkah masuk ke dalam kelas selepas yakin dengan penampilnnya.SEmua mata tertumpu kepada seraut wajah yang hensem itu.
Okey kelas.Sorry sebab masuk lmbat...Saya tersesat tadi..Amir mula memberi alasan.Tak kan nak cakap over slept,jatuhlaa standard..Amir mula bermonolog sendiri.
Okey,ni semua student psikologi kn?Soal Amir berbasa- basi.
YES...Jawab pelajarnya serentak..Semangat betul.
Okey,anyway...disebabkan saya lambat hari ni,kta tak payah belajar...
YEIIII..kedengaran suara menjerit nyaring...
Eh,janganlaa bising sangat...Okey sebelum kita bertaaruf,saya nak tanya,ada yang x hadir ke kelas kita tak hari ni?
Ada..jawab beberpa pelajar
Siapa?Boleh saya tahu namanya?
Aimi Nadia Mustapha...
okey..Sekarang saya akan perkenalkan diri,then korang semua eh,ikt turn..
Nama saya Amir Naufal bin Zainal.Saya lecturer baru korang semua menggantikan Madam Mazni.Ermm,itu ja kot..ada ap soalan?
Dah kahwin ke belum?Soal serang pelajar perempuan,kemudian diikuti ngan bunyi suara pelajar-pelajar lelaki.
Amir menahan ketawa.Saya still single and available.
WOOO,ramai pelajar terus bersiul.
Kiorang nk panggil apa eh?Encik ke bro ke abang?Kedengaran ketawa panjang pelajar-pelajar.
Okey.Saya rasa better awak panggil Encik.Biar formal.Saya tak nak lecturer lain salah anggap pulak..
Okey,sekarang turn korang pulak perkenalkan diri.


************************

Ish mana kelas ni?Apsal tak jumpa pulak.Aimi terus memanjangkan langkahnya.Dia terus mencari kelas yang dimaksudkan sambil mulutnya membebel memarahkan lecturer.Ish,last minit tukar kelas..Kelas yang ada tu,tak mau guna plak.Dah laa ak lambat...
Hah...Jumpa pn,Aimi memerhatikan nombor kelas untuk memastikan ketepatannya.
Selepas melafazkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,dia menolak pintu dan dengan langkah yang confident plus yakin,dia melangkah ke dalam kelas tersebut.Semua mata memandangnya.Dengan gaya selamba,dia terus melangkah kearah Julia,teman rapatnya di kelas.
Eh,sorry,miss...lecturer muda menegurnya
Yes..Aimi menjawab selamba tanpa rasa bersalah.
Awak kelas ni ke?Soalnya lagi.
Aaaa,yup...
Okey,Siapa nama awak?
Aimi Nadia mustapha..Jawabnya ringkas.
Okey,miss Aimi,lepas kelas tamat,tolong jumpa saya.Boleh?
Aimi terus menggangguk kepalanya tanpa banyak berfikir.Dalam kepalanya ligat mentafsir maksud perjumpaan sendiri itu.Dia terus duduk disebelah Julia.
Apsal lecturer tu nak jumpa ak?Soal Aimi..
Julia tidak melayannya,malah asyik sekali menatap wajah hensem pensyarah muda di depan yang membebel entah apa-apa entah.
Aimi naik berang apabila soalannya tidak dilayan.Terus disiku lengan Julia.
ADOI!!!Julia mengaduh kesakitan...
Yes,kat belakang..ada ap masalah ke?Aimi?Soalnya lagi
Eh,tak ada laa,Encik...
Amir laa
Ooo,yes,Encik Amirlaa..eh,apsal pelik je bunyinya..Dia bermonolog sendiri..
Sorry,nama saya Amir,bukan Amirlaa...Satu kelas ketawa dengan gaya spontan Aimi.
Ermm,okey..sorry Encik Amir..
It's Okey..So,dah tak ada apa,saya rasa kita stop kat sini ja laa..Ke ad soalan lagi?Soalnya lagi.
Aimi termenung sendirian mengenangkan peristiwa memalukan tadi.Kotak fikirannya ligat mentafsir wajah pensyarah dihadapannya..
Kenapalaa aku pernah jumpa mamat ni.Kat mana eh?Otaknya masih mencari jawapan...
Fikirannya singgah di peristiwa dikedai buku minggu lepas.Apsal muka mamat ni macam muka orang yang aku belasah hari tu.Mulutnya terus melopong selepas menggigat peristiwa tersebut..
YA ALLAH..Mamat ni..Alamak,mati aku..macammana ni,tak kan nak jumpa kot.Entah-entah dia dah kenal ak,tu yang nak jumpa ak lepas kelas..Mesti nak balas dendam ni..Ish,simpang malaikat kot...Aimi terus berminolog sehingga namanya diannouce 3 kali.
Okey Aimi,ada soalan tak?Soal pensyarah muda tersebut.
Aaaa,tak.Okey,saya tamatkan kelas sekarang,jumpa lagi nanti dan jangan datang lambat lagi ya,Aimi..Amir tersenyum.
Ooo,perli aku nampak..
Ish,biarlaa,yang penting macammana aku nk larikan diri dari mamat tu.Fikiran Aimi mula merangka satu strategi jahat selepas melihat ramai orang berpusu-pusu keluar dari kelas..
Aimi tersenyum sendiri.Sorry laa,encik Amirlaa,aku nak tipu ni.tapi tipu sunat jer.Aimi terus bangun dan melangkah meninggalkan kelas bersama rakan-rakannya tanpa rasa bersalah pn meninggalkan pensyarah muda itu termenung menunggu kedatangannya..Sorry MR AMIR LAA....

Sunday, April 25, 2010

EPILOG KAU MILIKKU SELAMANYA

Selepas kelas tamat,aku bergegas ke kedai buku Indah Harapan.Niat di hati ingin membeli sebuah novel.Kau Sayangku,karya Bikash Nur Idris, novel yang aku idam-idamkan selama ini.Walaupun sudah lama diterbitkan dan sudah hampir 3 kali aku mengkhatam novel tersebut,namun aku masih belum berpuas hati selagi aku tidak mempunyainya.Bukannya aku tak boleh pinjam dari Sofea,teman serumahku,tapi inilah dikatakan hobi dan gila minat sehingga sanggup menghabiskan duit untuk dapatkan benda yang kita minati.Setibanya aku dikedai buku,aku mula brgegas ke bahagian yang menempatkan puluhan jenis novel.Pelbagai jenis novel tersusun rapi dirak tersebut.Aku memulakan operasi mencari novel idamanku.Setelah setengah jam,aku menghabiskan masa dengan mencari novel tersebut,aku mula putus asa.Namun semangat untuk memilikinya masih kukuh dalam diri aku.Akhirnya,aku membuat keputusan untuk bertanya kepada pekerja dikedai buku tersebut.
“ Adik…tumpang tanya,novel Kau Sayangku ada lagi tak? “
“ Kau Sayangku? Jap ye kak,nanti saya carikan..emm,dekat rak tu,tak ada ke? “ soalnya kembali.
“ Tak ada laa dik.boleh tolong carikan tak? ” Aku mula berbasa basi dengan pekerja tersebut.
“ Saya carikan tapi tak boleh janji ada ke tak sebab ni novel lama kak.”
“ Tak pa..kalau tak ada bukan rezeki saya laa.”
Pekerja tersebut berlalu sambil tersenyum.Dia menuju ke rak yang menempatkan novel.Kemudian dia mula bergegas ke belakang.Mungkin mencarinya di stor.Aku meninjau kawasan disekeliling.Ramai orang datang membeli buku.Tak terkecuali pelajar sekolah.Mencari bahan rujukan,barangkali.Matanya tertacap pada seorang lelaki yang berdiri dibahagian novel.Ish,lelakipun baca novel.berjiwa seninya.aku bermonolog sendirian.Tiba-tiba,handset aku berbunyi.Lagu Sorry Sorry nyanyian Super Junior nyaring memecahkan kesunyian kedai buku tersebut.Semua mata tertumpu pada aku.Aku terus bergegas keluar dari kedai.Malu bila diperhati begitu.Aku terus menjawab panggilan tersebut.Selepas beberapa ketika,aku masuk kedalam kedai tersebut.Aku terus menuju ke kaunter untuk mendapatkan novel tersebut.
“ Dik,mana novel yang akak minta tadi.Ada ke tak? “
“ Ada kak.Just tinggal satu je lagi.Jawabnya bersahaja.
“ Ye ke.So,mana novelnya? ” Soalku lagi.
“ Ada kat encik disana tu.” Pekerja tersebut menunjuk kearah lelaki yang berkaca mata yang berada di rak yang menempatkan novel.
“ Dik,novel tu saya yang minta dulu.Mana boleh bagi kat orang lain sesuka hati ja.Saya yang minta dulu,so,saya lebih berhak.”Aku membalas kata-katanya dengan geram.
“ Ye kak.Saya tahu tu.”Memang saya nak bagi akak tadi tapi akak tak ada kat sini.Saya pun nak letak kat rak novel sana tu.Tapi saya fikir,nanti ada pula yang akan mengambilnya.Jadi,saya pun nak simpan novel tersebut.Tapi,encik disana tu tiba-tiba saja minta dari sana.Kalau tak bagi,tak boleh sebab saya kena utamakan pelanggan kak.Tapi,saya dah bagitau dia novel tu dah ada yang nak beli.” Terang pekerja tersebut panjang lebar.
“ Okey laa dik.Tak pa laa.Terima kasih sebab simpankan.Nanti saya cuba slowtalk dengan encik kat sana tu.”
“ Okey kak.Good luck.Balas pekerja tersebut ramah.
Aku melangkah menghampiri jejaka yang khusyuk membaca sinopsis novel- novel cinta yang lain.
“ Erm,excuse me.”sapaku bersahaja.
Lelaki tersebut masih membisu.Dia masih tidak mengalihkan pandangannya.Tekun betul membaca novel tersebut.Aku mula naik benggang.
“ EXCUSE ME Mr..” Aku mula meninggikan suara.Geram dengan perlakuan lelaki tersebut.Geram kerana panggilanku tidak mendapat layanan.
“ Eh,awak panggil saya ke? ” Soalnya benggong sambil menunjukkan jari kedadanya.
“ Ya encik.Saya panggil awak laa.Tak kan panggil amoi kat luar tu pulak.Aku membalas geram.Sabar je laa dengan lelaki pekak macam ni.Sengaja nak uji temperature aku agaknya.Aku bermonolog sendirian.
“Ada apa ye awak panggil saya.Ada masalah ke? “ Soalnya lagi sambil tersenyum.
“ Actually.saya nak minta balik novel Kau Sayangku.Saya yang tempah dari adik kat sana tu.Jadi,saya lebih berhak untuk dapatkan novel tersebut.Awak tak boleh beli novel ni.” Terangku panjang lebar.Biar dia faham maksud yang aku nak sampaikan.
“ Novel ni? “ Soalnya sambil menunjukkan novel yang berada dalam genggamannya.
Aku menggangguk kepala sambil memandang kearah novel tersebut.
“ Ooo.Novel ni..Bila masa saya kata nak beli? ” Soalnya sambil tersenyum sinis.
Aku terkedu.Malu bila diperlakukan begitu.Semua mata memandang kearah kami.
“ Erm,tapi awak dah pegang novel ni dari tadi.kalau tak nak beli,kenapa tak letakkan je kat rak tu.”Aku cuba cover malu. Dapatku rasakan muka aku mula bertukar kemerah-merahan.
“ Salahke kalau saya pegang novel ni.Tak ada peraturan pun cakap kita tak boleh pegang buku-buku kat sini.So,ikut suka hatilaa nak pegang berapa lamapun.Bidas lelaki tersebut.
Aku mengemam mulutku tanda tidak puas hati.Sakit hati bila diperlakukan seperti orang bodoh.Aku mula bosan dengan sikap tarik tali lelaki tersebut.Akhirnya aku mengambil langkah untuk terus menyelesaikan masalah ini.
“ So,encik..saya rasa lebih baik encik kasi novel tersebut kepada saya,in fact,awak bukan nak beli pun.So,senang cerita,bagi je kat saya.Saya senang,encikpun senang.Kita tak perlu pun nak peningkan kepala cari alasan dan tak perlupun nak habiskan air liur untuk bertekak.”
“ Well.Actually,saya baru dapat mesej dari adik saya suruh saya beli novel ni.So.,saya dah tukar fikiran untuk beli novel ni.Lagipun,cik just tempah bukannya confirm nak beli.So,saya rasa tak ada siapa pun yang berhak keatas novel ni.Jadi,saya rasa semua orang boleh beli novel ni dan sekarang saya yang minta dulu dari cik kat sana.First come,first serve,right? “ Soalnya sengaja menggugat imanku.
“ So,encik nak cakap yang encik tak nak kasi novel ni kat saya laa.”
“ Clever girl.lebih kurang macam tu laa.” Balasnya bersahaja sambil tersenyum.
“ Lebih baik encik bagi je novel tu kat saya dan jasa encik amatlah dihargai.” Aku masih berbasa basi.
“ Kalau saya tak nak??? “ Soalnya lagi.
“ Encik,jangan biar saya hilang sabar.Karang teruk kot.” Aku mula menggugut.
“ Apa yang awak nak buat? Saya still tak nak kasi novel ni.”
Ni dah memang cabar aku ni.Memang cari nahas laa laki ni.Kang aku buka taek kwan do aku baru dia tau.Hatiku mula berbicara sendiri.Aku semakin berang dengan tingkah laku dengan makhluk Allah yang sorang ni.Memang baboon.Aku tanpa membuang masa terus merampas novel ditangan lelaki tersebut dan menghayunkan penumpuk sulungku tepat ke mukanya yang hensem plus macho tu.Aku terus melangkah pergi ke kaunter pembayaran selepas menjalankan projek ala-ala ninja keatas seorang hamba Allah.Dengan langkah bersahaja,aku terus keluar dari kedai buku tersebut tanpa menghiraukan pandangan semua orang yang tajam menikam wajahku.Aku sempat menoleh kearah jejaka tampan tersebut yang sedang berkeriut menahan sakit.Biar padan muka kau.Rasakan penangan gadis Johor Bharu…..Biar dia tahu,jangan bermain mancis kalau takut disambar api.

Thursday, April 22, 2010

Sinopsis Kau Milikku Selamanya

Mereka bertemu bukan kerana suka atau cinta tetapi keadaan memaksa mereka untuk bersatu.Pada Aimi Nadia,Amir Naufal hanyalaa seorang pensyarah muda yang sentiasa mencari salah silapnya...Apa yang dilakukan serba tidak kena.Apa masalahnya??????
Bagi Amir Naufal pula,Aimi Nadia adalah gadis yang telah mencuri hatinya.Namun perasaannya tidak boleh ditunjuk dihadapan gadis itu kerana jatuhlaa standardnya sebagai pensyarah muda yang digilai pelajar jika dia juga tersungkur.Namun apabila keadaan memaksa,ego terpaksa diketepikan.
Akhirnya mereka bersatu,namun setelah hampir menggapai bahagia,badai datang menimpa.Aimi Nadia membawa diri yang lara setelah maruahnya dicalar suami tercinta...
MAMPUKAH AMIR NAUFAL MEMBAWA ISTERI YANG DIKASIHINYA PULANG KEMBALI KE ISTANA BAHAGIA MEREKA???????