Pages

Sunday, April 25, 2010

EPILOG KAU MILIKKU SELAMANYA

Selepas kelas tamat,aku bergegas ke kedai buku Indah Harapan.Niat di hati ingin membeli sebuah novel.Kau Sayangku,karya Bikash Nur Idris, novel yang aku idam-idamkan selama ini.Walaupun sudah lama diterbitkan dan sudah hampir 3 kali aku mengkhatam novel tersebut,namun aku masih belum berpuas hati selagi aku tidak mempunyainya.Bukannya aku tak boleh pinjam dari Sofea,teman serumahku,tapi inilah dikatakan hobi dan gila minat sehingga sanggup menghabiskan duit untuk dapatkan benda yang kita minati.Setibanya aku dikedai buku,aku mula brgegas ke bahagian yang menempatkan puluhan jenis novel.Pelbagai jenis novel tersusun rapi dirak tersebut.Aku memulakan operasi mencari novel idamanku.Setelah setengah jam,aku menghabiskan masa dengan mencari novel tersebut,aku mula putus asa.Namun semangat untuk memilikinya masih kukuh dalam diri aku.Akhirnya,aku membuat keputusan untuk bertanya kepada pekerja dikedai buku tersebut.
“ Adik…tumpang tanya,novel Kau Sayangku ada lagi tak? “
“ Kau Sayangku? Jap ye kak,nanti saya carikan..emm,dekat rak tu,tak ada ke? “ soalnya kembali.
“ Tak ada laa dik.boleh tolong carikan tak? ” Aku mula berbasa basi dengan pekerja tersebut.
“ Saya carikan tapi tak boleh janji ada ke tak sebab ni novel lama kak.”
“ Tak pa..kalau tak ada bukan rezeki saya laa.”
Pekerja tersebut berlalu sambil tersenyum.Dia menuju ke rak yang menempatkan novel.Kemudian dia mula bergegas ke belakang.Mungkin mencarinya di stor.Aku meninjau kawasan disekeliling.Ramai orang datang membeli buku.Tak terkecuali pelajar sekolah.Mencari bahan rujukan,barangkali.Matanya tertacap pada seorang lelaki yang berdiri dibahagian novel.Ish,lelakipun baca novel.berjiwa seninya.aku bermonolog sendirian.Tiba-tiba,handset aku berbunyi.Lagu Sorry Sorry nyanyian Super Junior nyaring memecahkan kesunyian kedai buku tersebut.Semua mata tertumpu pada aku.Aku terus bergegas keluar dari kedai.Malu bila diperhati begitu.Aku terus menjawab panggilan tersebut.Selepas beberapa ketika,aku masuk kedalam kedai tersebut.Aku terus menuju ke kaunter untuk mendapatkan novel tersebut.
“ Dik,mana novel yang akak minta tadi.Ada ke tak? “
“ Ada kak.Just tinggal satu je lagi.Jawabnya bersahaja.
“ Ye ke.So,mana novelnya? ” Soalku lagi.
“ Ada kat encik disana tu.” Pekerja tersebut menunjuk kearah lelaki yang berkaca mata yang berada di rak yang menempatkan novel.
“ Dik,novel tu saya yang minta dulu.Mana boleh bagi kat orang lain sesuka hati ja.Saya yang minta dulu,so,saya lebih berhak.”Aku membalas kata-katanya dengan geram.
“ Ye kak.Saya tahu tu.”Memang saya nak bagi akak tadi tapi akak tak ada kat sini.Saya pun nak letak kat rak novel sana tu.Tapi saya fikir,nanti ada pula yang akan mengambilnya.Jadi,saya pun nak simpan novel tersebut.Tapi,encik disana tu tiba-tiba saja minta dari sana.Kalau tak bagi,tak boleh sebab saya kena utamakan pelanggan kak.Tapi,saya dah bagitau dia novel tu dah ada yang nak beli.” Terang pekerja tersebut panjang lebar.
“ Okey laa dik.Tak pa laa.Terima kasih sebab simpankan.Nanti saya cuba slowtalk dengan encik kat sana tu.”
“ Okey kak.Good luck.Balas pekerja tersebut ramah.
Aku melangkah menghampiri jejaka yang khusyuk membaca sinopsis novel- novel cinta yang lain.
“ Erm,excuse me.”sapaku bersahaja.
Lelaki tersebut masih membisu.Dia masih tidak mengalihkan pandangannya.Tekun betul membaca novel tersebut.Aku mula naik benggang.
“ EXCUSE ME Mr..” Aku mula meninggikan suara.Geram dengan perlakuan lelaki tersebut.Geram kerana panggilanku tidak mendapat layanan.
“ Eh,awak panggil saya ke? ” Soalnya benggong sambil menunjukkan jari kedadanya.
“ Ya encik.Saya panggil awak laa.Tak kan panggil amoi kat luar tu pulak.Aku membalas geram.Sabar je laa dengan lelaki pekak macam ni.Sengaja nak uji temperature aku agaknya.Aku bermonolog sendirian.
“Ada apa ye awak panggil saya.Ada masalah ke? “ Soalnya lagi sambil tersenyum.
“ Actually.saya nak minta balik novel Kau Sayangku.Saya yang tempah dari adik kat sana tu.Jadi,saya lebih berhak untuk dapatkan novel tersebut.Awak tak boleh beli novel ni.” Terangku panjang lebar.Biar dia faham maksud yang aku nak sampaikan.
“ Novel ni? “ Soalnya sambil menunjukkan novel yang berada dalam genggamannya.
Aku menggangguk kepala sambil memandang kearah novel tersebut.
“ Ooo.Novel ni..Bila masa saya kata nak beli? ” Soalnya sambil tersenyum sinis.
Aku terkedu.Malu bila diperlakukan begitu.Semua mata memandang kearah kami.
“ Erm,tapi awak dah pegang novel ni dari tadi.kalau tak nak beli,kenapa tak letakkan je kat rak tu.”Aku cuba cover malu. Dapatku rasakan muka aku mula bertukar kemerah-merahan.
“ Salahke kalau saya pegang novel ni.Tak ada peraturan pun cakap kita tak boleh pegang buku-buku kat sini.So,ikut suka hatilaa nak pegang berapa lamapun.Bidas lelaki tersebut.
Aku mengemam mulutku tanda tidak puas hati.Sakit hati bila diperlakukan seperti orang bodoh.Aku mula bosan dengan sikap tarik tali lelaki tersebut.Akhirnya aku mengambil langkah untuk terus menyelesaikan masalah ini.
“ So,encik..saya rasa lebih baik encik kasi novel tersebut kepada saya,in fact,awak bukan nak beli pun.So,senang cerita,bagi je kat saya.Saya senang,encikpun senang.Kita tak perlu pun nak peningkan kepala cari alasan dan tak perlupun nak habiskan air liur untuk bertekak.”
“ Well.Actually,saya baru dapat mesej dari adik saya suruh saya beli novel ni.So.,saya dah tukar fikiran untuk beli novel ni.Lagipun,cik just tempah bukannya confirm nak beli.So,saya rasa tak ada siapa pun yang berhak keatas novel ni.Jadi,saya rasa semua orang boleh beli novel ni dan sekarang saya yang minta dulu dari cik kat sana.First come,first serve,right? “ Soalnya sengaja menggugat imanku.
“ So,encik nak cakap yang encik tak nak kasi novel ni kat saya laa.”
“ Clever girl.lebih kurang macam tu laa.” Balasnya bersahaja sambil tersenyum.
“ Lebih baik encik bagi je novel tu kat saya dan jasa encik amatlah dihargai.” Aku masih berbasa basi.
“ Kalau saya tak nak??? “ Soalnya lagi.
“ Encik,jangan biar saya hilang sabar.Karang teruk kot.” Aku mula menggugut.
“ Apa yang awak nak buat? Saya still tak nak kasi novel ni.”
Ni dah memang cabar aku ni.Memang cari nahas laa laki ni.Kang aku buka taek kwan do aku baru dia tau.Hatiku mula berbicara sendiri.Aku semakin berang dengan tingkah laku dengan makhluk Allah yang sorang ni.Memang baboon.Aku tanpa membuang masa terus merampas novel ditangan lelaki tersebut dan menghayunkan penumpuk sulungku tepat ke mukanya yang hensem plus macho tu.Aku terus melangkah pergi ke kaunter pembayaran selepas menjalankan projek ala-ala ninja keatas seorang hamba Allah.Dengan langkah bersahaja,aku terus keluar dari kedai buku tersebut tanpa menghiraukan pandangan semua orang yang tajam menikam wajahku.Aku sempat menoleh kearah jejaka tampan tersebut yang sedang berkeriut menahan sakit.Biar padan muka kau.Rasakan penangan gadis Johor Bharu…..Biar dia tahu,jangan bermain mancis kalau takut disambar api.

Thursday, April 22, 2010

Sinopsis Kau Milikku Selamanya

Mereka bertemu bukan kerana suka atau cinta tetapi keadaan memaksa mereka untuk bersatu.Pada Aimi Nadia,Amir Naufal hanyalaa seorang pensyarah muda yang sentiasa mencari salah silapnya...Apa yang dilakukan serba tidak kena.Apa masalahnya??????
Bagi Amir Naufal pula,Aimi Nadia adalah gadis yang telah mencuri hatinya.Namun perasaannya tidak boleh ditunjuk dihadapan gadis itu kerana jatuhlaa standardnya sebagai pensyarah muda yang digilai pelajar jika dia juga tersungkur.Namun apabila keadaan memaksa,ego terpaksa diketepikan.
Akhirnya mereka bersatu,namun setelah hampir menggapai bahagia,badai datang menimpa.Aimi Nadia membawa diri yang lara setelah maruahnya dicalar suami tercinta...
MAMPUKAH AMIR NAUFAL MEMBAWA ISTERI YANG DIKASIHINYA PULANG KEMBALI KE ISTANA BAHAGIA MEREKA???????

Wednesday, April 7, 2010

ABOUT ME !!!!!!!!!!!`

Salam....nama aku Nur Hanis Abu Hasan....aku ni minat menulis...tapi x taw laa nk jd penulis ka x..heheheheheh...ak wat blog ni pun sebab nak tlis sal cerita yang ak try tlis.Lbih krang cam novel laa.huhuhuhu.So,sapa-sapa yg mnat bc novel,leh laa baca kt blog ak ni..