Pages

Thursday, July 15, 2010

EPISOD 1

“Aimi!!!!! Bangun laa..Dah lewat ni.Kau ada kelas tak? “ Soal Sofea sambil menggerakkan badan Aimi.
“ Erm….Balas Aimi malas.
“ Ada tak??Aku nak keluar dengan Azrai ni.Kelas aku batal.Kau macammana?Ada kelas tak?Kalau tak ada,tak apa laa,kalau ada,ni yang aku bimbang ni.Tak kan kau nak ponteng kelas lagi.Sofea terus membebel kepada Aimi.
“ Aimi masih lagi dengan gayanya.Malah dia terus menarik selimut sehingga paras dada.Sejuk dan nyaman sekali pagi ini.Rugi rasanya kalau tak menikmati pagi ini dengan sebaik-baiknya.Aimi terus melangkah kealam mimpi.Leteran Sofea tidak sedikitpun menggugat tidurnya yang nyenyak.
“ YA ALLAH…AIMI NADIA BINTI MUSTAFA….Bangunlaaa….Sofea terus menjerit ditelingga Aimi.Geram dengan keslumberan Aimi.
“ Iye,iye,aku bangun laa nenek Sofea.Yang kau jerit pagi-pagi buta ni kenapa?Burungpun lari tau dengar suara kau.Balas Aimi bersahaja…Dah pukul berapa ni?Soalnya lagi.
“ Ooo nenek Sofea ya.Burung pun lari kalau dengar suara aku.Nah tengok sendiri dah pukul berapa.Balas Sofea pura-pura merajuk sambil menyerahkan jam ketangan Aimi.
“ Erm…Baru pukul 8.00 pagi.Kelas aku pukul 8.30. Rilek laa.”Balasnya sambil menarik selimut dan cuba memejam mata.
“ WHAT !!!!!!!!!!!Kelas pukul 8.30,sayangku Aimi.Kau boleh lepak lagi? “ Soal Sofea curiga.
“ Tapikan baru pukul 8.00 pagi.”Bagilaa aku menikmati pagi yang indah ni dengan bahagia sikit.” Balas Aimi masih dengan berselimut.
Sofea mula naik berang dengan peragai Aimi.” Lantak kau laa.”Balas Sofea malas.
“ Jap!!!Aimi menjerit secara tiba-tiba.
“ Apa lagi.Kan kau nak menikmati pagi yang indah ni.Nikmatilaa puas-puas.Nanti kalau tak dapat bas dan kau lewat ke kelas,jangan salahkan aku.” Sofea memulakan ceramah paginya.
“ Ya Allah..Aku lupa…Dah pukul berapa sekarang ni????Mati aku.Memang aku sengaja gali kubur sendiri hari ni.”Aimi mula gelabah.
“ Kau ni kenapa?Macam nampak hantu je.Kenapa kau mimpi hantu ke tadi?Soal Sofea kaget dengan tingkah laku kalut Aimi.
“ Banyak laa hantu kau.Hari ni lecturer baru,gantikan Madam Mazni yang macam singa tu.Kalau aku lambat,habislaa.Dah laa lecturer laki kot.Slack laa prestasi pelajar harapan.Balas Aimi dalam satu nafas namun masih mampu bergurau.Dalam keaadaan kalut beginipun,dia mampu membuat lawak.Itulaa Aimi,mampu menceriakan sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya.Namun begitu,sikap gelabah dan suka bertindak sendiri menjadikannya lucu dan comel dihadapan sesiapa sahaja.
“ Ish…Asyik buat lawak jaa kau ni.So,sekarang ni macammana..Dah lambat.Sekarang dah pukul 8.20 pagi.Cepatlaa mandi.Nanti lagi lambat.
“ Aku tak nak mandi laaa.Dah tak sempat.Nak tunggu bas lagi.Kau ingat bas datang on time ke.” Balas Aimi sambil kalut mencari baju yang ingin dipakainya.Entah kenapa semalam dia tidak menseterika bajunya.Macammana ni.Aku nak pakai baju apa ni.Dia bermonolog sendirian.
Kau jangan buat pasal.Cepat pergi mandi.Laa...Yang kau terconggak kat depan almari baju tu kenapa?Cepatlaa Aimi.Jangan antun sangat.Tak apa.Nanti aku suruh Azrai hantar kau.Cepatlaa.Nanti lambat,Azrai tak nak hantar.Kitaorang nak pergi dating ni.Kata Sofea sambil tersenyum,namun senyumannya mula mengendur bila terpandang wajah sayu Aimi.
“ Kenapa ni Aimi?Ada masalah apa ni.Soal Sofea curiga.
“ Aku lupa nak iron baju semalam.Tak tau nak pakai baju apa.Tak sempat nak iron dah.Jawabnya ringkas sambil membuat muka cemberut,meminta simpati dari Sofea.
“ Ermm,nak suruh aku iron,cakap aje laa.Tak yah nak buat muka sepuluh sen kau tu.” Balas Sofea sambil menarik baju dari tangan Aimi.
“ Hehehehehe….Ni yang aku sayang kau lebih.Balas Aimi sambil lari laju menuju ke tandas.Baru 5 minit,dia dah keluar dari tandas dan terus menyambar kain baju kurung dan menyarungnya.Kemuadian dia mengesa Sofea sehingga gadis tersebut kalut untuk melakukan kejanyaSelepas bersiap ala kadar,kedua-dua gadis tesebut mula melangkah meninggalkan rumah teres mereka.Azrai yang menunggu mereka hanya tersenyum melihat kedua-dua gadis tersebut.

**********************************

“ Cepatlaa Az,aku dah lambat ni.Kelas aku pukul 8.30 tadi.Sekarang dah pukul 9.00 pagi.Matila aku kalau lambat. Kau kan tahu,aku ni pelajar yang baik plus skema.hehehe…mana boleh datang lambat…”
“ Ye laa Aimi.Skemala sangat.Bukan tiap-tiap hari kau lambat ke kelas ke? “ Soal Azrai sambil tersenyum.
“ Eh,mana ada.Aku lambatpun sebab tunggu buah hati penggarang jantung kau tu.”Aimi menggenakan Sofea.
“ Apsal aku pulak..Kau yang bangun lambat,aku yang kena…Sofea mula mempertahankan diri.
“ Hehehe….Aku gurau je.Memangla aku lambat,tapi tak adalaa sampai macamni.Selalunya setakat 2 or 3 minit je.Tu pun tak pernah kantoi tau.Alih-alih hari ni,aku lambat sampai macamni.Dah laa lecturer baru.Memang aku sengaja gali kubur sendirilaa.Eh,Az,cepatlaa.Aku betul-betul terdesak ni.Kereta kau tak boleh terbang ke? ” Soal Aimi sambil bergurau.
“ Kau ni,Aimi, ada-ada saja. Kalau kereta ni boleh terbang,dah lama aku terbangkan,kau tak payah suruhpun,aku dah buatkan khas untuk kawan aku yang kesempitan ni.Hahahaha… Balas Azrai sambil tergelak.Sabar eh,aku tengah usaha ni.Kau tau laa sekarang ni time orang masuk kerja.Jam laa.Sabar eh..kau banyak bertenang,istighfar dan doa-doalaa supaya lecturer kau tu tak garang macam Madam Mazni tu.” Balas Azrai sambil tersenyum.
“ Aku harap macamtu jugak.bagi sinilaaa.Biar aku yang drive kereta kau.”
“ NO…Sofea dan Azrai menjerit serentak..Kmudian mereka berdua ketawa bersama…
“ Apsal pulak…Soal Aimi pelik…
“ Kau jangan buat kerja gila.Dah laa lesen tak ada,pastu sesedap hati je nak bawak kereta.Karang jadi apa-apa macammana.Kitaorang jugak yang susah..Sofea memulakan leterannya.
“ Entahnya Aimi,kalau kau nak drive,aku lebih sanggup naik bas…Karang hospital bukannya masuk kuliah.Tak nak aku..Dah,kau tenang aje kat belakang tu,don’t worry,be happy…
Biar cik abang aku yang drive.Kau jangan kacau konsentrasi dia.Baik kau duduk diam-diam kat belakang tu.Okey baby,tenang,easy…Tarik nafas dalam-dalam dan lepas slow-slow.”
“ Banyaklaa korang punya bertenag,bawak bertendang ada laa.Okeyla,aku duduk diam-diam.Balas Aimi sambil mencebik mulutnya.
“ Macamtu laa kawan aku.Sabar eh.Sofea tersenyum dengan gelagat Aimi.
Aimi mula menarik muncung empat belas nya.
Selepas mengambil masa selama 15 minit,kereta Azrai tiba di hadapan fakulti Sains Kemanusiaan.Aimi terus melompat keluar dari kereta sebaik sahaja kereta terus berhent.
Jumpa lagi and thanks...Aimi masih sempat melampbai tangan kearah teman rapatnya itu.
Azrai dan Sofea terus menggeleng kepala mereka dengan gelagat Aimi.

*********************************

Amir laju menghayun langkahnya ke kelas.Selepas lewat 15 minit.Dia masih belum pasti samada pelajar barunya masih setia menunggu ataupun sudah beransur hilang meninggalkan kelas.Salah sendiri juga,terover slept.Terlupa,hari ni merupakan hari bersejarah baginya selepas beberapa tahun bergelar pelajar.Hari ini merupakan hari pertama dia memulakan tugas sebagai pengajar.Kerjaya yang diidamkannya sejak kecil lagi.
Dari luar kelas,kedengaran suara binggit pelajar kelas psikologi kumpulan 2.Semua pelajar gembira barangkali kerana pensyarah yang dijanjikan belum lagi tiba.mungkin ada yang merungut kerana tidak sabar ingin berjumpa dengan pensyarah muda yang dijanjikan.Amir terus melangkah masuk ke dalam kelas selepas yakin dengan penampilnnya.SEmua mata tertumpu kepada seraut wajah yang hensem itu.
Okey kelas.Sorry sebab masuk lmbat...Saya tersesat tadi..Amir mula memberi alasan.Tak kan nak cakap over slept,jatuhlaa standard..Amir mula bermonolog sendiri.
Okey,ni semua student psikologi kn?Soal Amir berbasa- basi.
YES...Jawab pelajarnya serentak..Semangat betul.
Okey,anyway...disebabkan saya lambat hari ni,kta tak payah belajar...
YEIIII..kedengaran suara menjerit nyaring...
Eh,janganlaa bising sangat...Okey sebelum kita bertaaruf,saya nak tanya,ada yang x hadir ke kelas kita tak hari ni?
Ada..jawab beberpa pelajar
Siapa?Boleh saya tahu namanya?
Aimi Nadia Mustapha...
okey..Sekarang saya akan perkenalkan diri,then korang semua eh,ikt turn..
Nama saya Amir Naufal bin Zainal.Saya lecturer baru korang semua menggantikan Madam Mazni.Ermm,itu ja kot..ada ap soalan?
Dah kahwin ke belum?Soal serang pelajar perempuan,kemudian diikuti ngan bunyi suara pelajar-pelajar lelaki.
Amir menahan ketawa.Saya still single and available.
WOOO,ramai pelajar terus bersiul.
Kiorang nk panggil apa eh?Encik ke bro ke abang?Kedengaran ketawa panjang pelajar-pelajar.
Okey.Saya rasa better awak panggil Encik.Biar formal.Saya tak nak lecturer lain salah anggap pulak..
Okey,sekarang turn korang pulak perkenalkan diri.


************************

Ish mana kelas ni?Apsal tak jumpa pulak.Aimi terus memanjangkan langkahnya.Dia terus mencari kelas yang dimaksudkan sambil mulutnya membebel memarahkan lecturer.Ish,last minit tukar kelas..Kelas yang ada tu,tak mau guna plak.Dah laa ak lambat...
Hah...Jumpa pn,Aimi memerhatikan nombor kelas untuk memastikan ketepatannya.
Selepas melafazkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,dia menolak pintu dan dengan langkah yang confident plus yakin,dia melangkah ke dalam kelas tersebut.Semua mata memandangnya.Dengan gaya selamba,dia terus melangkah kearah Julia,teman rapatnya di kelas.
Eh,sorry,miss...lecturer muda menegurnya
Yes..Aimi menjawab selamba tanpa rasa bersalah.
Awak kelas ni ke?Soalnya lagi.
Aaaa,yup...
Okey,Siapa nama awak?
Aimi Nadia mustapha..Jawabnya ringkas.
Okey,miss Aimi,lepas kelas tamat,tolong jumpa saya.Boleh?
Aimi terus menggangguk kepalanya tanpa banyak berfikir.Dalam kepalanya ligat mentafsir maksud perjumpaan sendiri itu.Dia terus duduk disebelah Julia.
Apsal lecturer tu nak jumpa ak?Soal Aimi..
Julia tidak melayannya,malah asyik sekali menatap wajah hensem pensyarah muda di depan yang membebel entah apa-apa entah.
Aimi naik berang apabila soalannya tidak dilayan.Terus disiku lengan Julia.
ADOI!!!Julia mengaduh kesakitan...
Yes,kat belakang..ada ap masalah ke?Aimi?Soalnya lagi
Eh,tak ada laa,Encik...
Amir laa
Ooo,yes,Encik Amirlaa..eh,apsal pelik je bunyinya..Dia bermonolog sendiri..
Sorry,nama saya Amir,bukan Amirlaa...Satu kelas ketawa dengan gaya spontan Aimi.
Ermm,okey..sorry Encik Amir..
It's Okey..So,dah tak ada apa,saya rasa kita stop kat sini ja laa..Ke ad soalan lagi?Soalnya lagi.
Aimi termenung sendirian mengenangkan peristiwa memalukan tadi.Kotak fikirannya ligat mentafsir wajah pensyarah dihadapannya..
Kenapalaa aku pernah jumpa mamat ni.Kat mana eh?Otaknya masih mencari jawapan...
Fikirannya singgah di peristiwa dikedai buku minggu lepas.Apsal muka mamat ni macam muka orang yang aku belasah hari tu.Mulutnya terus melopong selepas menggigat peristiwa tersebut..
YA ALLAH..Mamat ni..Alamak,mati aku..macammana ni,tak kan nak jumpa kot.Entah-entah dia dah kenal ak,tu yang nak jumpa ak lepas kelas..Mesti nak balas dendam ni..Ish,simpang malaikat kot...Aimi terus berminolog sehingga namanya diannouce 3 kali.
Okey Aimi,ada soalan tak?Soal pensyarah muda tersebut.
Aaaa,tak.Okey,saya tamatkan kelas sekarang,jumpa lagi nanti dan jangan datang lambat lagi ya,Aimi..Amir tersenyum.
Ooo,perli aku nampak..
Ish,biarlaa,yang penting macammana aku nk larikan diri dari mamat tu.Fikiran Aimi mula merangka satu strategi jahat selepas melihat ramai orang berpusu-pusu keluar dari kelas..
Aimi tersenyum sendiri.Sorry laa,encik Amirlaa,aku nak tipu ni.tapi tipu sunat jer.Aimi terus bangun dan melangkah meninggalkan kelas bersama rakan-rakannya tanpa rasa bersalah pn meninggalkan pensyarah muda itu termenung menunggu kedatangannya..Sorry MR AMIR LAA....