Pages

Thursday, October 21, 2010

BAB 4

Aimi keluar dari kelas dengan muka masam mencuka.Sesiapa yang menegurnya tidak
diendahkan.Dia melangkah laju menuju ke kafe untuk bertemu Sofea.Hanya gadis itu
yang sudi berkongsi cerita dengannya.Sofealah satu-satunya sahabat dunia dan
akhiratnya.Hanya Sofealah tempat dia mengadu,meminta pertolangan dan menceritakan
kisah hidupnya.Gadis itu mampu menceriakan hatinya dan sanggup membantunya dalam
kesusahan.Aimi terus menghayun langkahnya tanpa mempedulikan panggilan daripada
seorang anak muda,Zaim.Zaim berlari-lari anak mengejar Aimi,gadis pujaan
hatinya.Gadis yang satu ini sukar betul untuk ditawan,sedangkan berpuluh-puluh gadis
tersungkur apabila melihatnya.Sukar bagi dirinya untuk mengakui kekalahannya apabila
tidak mampu menawan gadis tersebut dan ini menjadikan dirinya tercabar.
Zaim terus menangkap tangan Aimi apabila dia sudah hampir dengan gadis tersebut.Aimi
merentap kasar tangannya dari genggaman Zaim.
" Apa ni Zaim???"Soalnya marah.
" Saya terjerit-jerit panggil awak dari tadi.Kenapa awak terus jaa lari."Balas Zaim
sambil melapaskan lelahnya.
" Suka hati sayalah nak lari ke lomapat ke jalan ke.Apa awak peduli?"Jawab Aimi
kasar.
" Kenapa awak dingin sangat dengan saya ni.Apa salah saya pada awak?Soal Zaim merayu.
" Tak ada salahpun.Saya tak suka cara awak ja.Itu je."Balas Aimi bersahaja.
" Cara saya?Maksudnya,awak tak membenci saya la?"Soal Zaim penuh mengharap.
" Buat apa saya nak membenci awak.Ada saya dapat faedah?Saol Aimi tenang.
" So...kita boleh berkawan?Zaim menyoal lambat-lambat.
Aimi serba salah.Nak terima atau tidak.Tak kan nak tolak.Orang nak berkawan.Kalau
tolak,dia terkejar-kejar lagi.Rimas aku.Macammana ini.Terima aja laa.Dia bukannya
nak jadi pak we ko pun.Otaknya ligat berfikir.
Aimi mengganggukkan kepalanyatanda bersetuju.Zaim terus melompat gembira.
" Tapi...Aimi mencelah..
Kenapa???Soal Aimi curiga.
" Hubungan kita setakat kawan aje yer.Tak lebih dari itu.Aimi memberi syarat."
" Okey.Zaim tersenyum.Hanya mulutnya yang melafazkan tetapi hatinya tetap
memberontak mengatakan Aimi akan menjadi miliknya suatu hari nanti.Zaim menanam
tekad.
" Okeylaa awak.saya nak jumpa Sofea dulu.Kita jumpa lain kali ya.Aimi tersenyum
mesra."
" Baiklah,nanti kita jumpa lagi.Bye.
" Bye".Aimi terus menghayunkan langkahnya ke kafe.Mamat ni,time aku bengganglaa nak
datang menegur aku.Nasib baik aku dapat mengawal bara api aku.kalau tak,mahu
tersembur tadi.Aimi bermonolog sendirian.
Zaim menghantar pemergiaan Aimi dengan pandangan kosong.Dia tersenym megah kerana
gadis itu berjaya ditawannya.Tak sabar rasanya memberitahu rakan-rakannya akan
kemenangan besarnya ini.Maruahnya harus ditebus kembali.Peristiwa 2 minggu lepas
bagaikan ditayang kembali.

****************************************************

Pipinya perit selepas menerima tamparan Aimi.Gadis itu begitu berani meletakkan
tangannya kemuka Zaim di khalayak ramai.Gadis itu telah menamparnya di hadapan teman-
temannya.Maruahnya jatuh bagaikan kaca yang pecah berderai.Dia hanya melafazkan
kata-kata cintanya kepada gadis pujaan hatinya itu,tetapi dia telah menerima
tamparan yang maha hebat.Dia malu apabila cintanya di tolak mentah-mentah.Selepas
kejadiaan itu,semua orang memandang serong kepadanya sehinggalah teman-temannya
mencabarnya untuk mendapat Aimi kembali.Mereka membuat taruhan atas maruahnya.Jika
dia mendapat Aimi kembali,maruahnya dapat di tebus.Sejak itu,dia nekad,walauapapun
yang terjadi,Aimi pasti menjadi miliknya.Maruah dan malu menjadikannya manusia yang
berdendam...dan semua ini harus dibayar kembali oleh AIMI NADIA...