Pages

Friday, August 6, 2010

EPISOD 2

“ Apa???Kau tinggal lecturer kau tu macamtu jer…Soal Sofea pelik.
“ Ya laa,habis tu kau nak suruh aku buat apa?Tak kan nak suruh aku tuggu lagi.” Soal Aimi.
“ Ya laa…Tapi tak baikkan kau buat dia tertunggu-tunggu macam tu..”
“ Memanglaaa…aku pun tak nak wat macamtu..tapi aku terpaksa laa.”Aimi cuba menjelaskan.
“ Kenapa?Kau kenal ke lecturer tu..” Soal Sofea curiga.
“Aku kenal dia tapi aku tak sure dia kenal aku ke tak.”
“ Ish kau ni,cepatlaa story…jangan nak buat suspen kat sini.Macammana kau kenal dia.” Soal Sofea pelik.
“ Okey…Kau ingat tak cerita kat kedai buku minggu lepas? Aimi masih bermain tarik tali dengan Sofea.
“ Cerita yang kau belasah mamat berlagak tu?Soalnya lagi.
“Yup…Pandaipun kawan aku..Mamat berlagak tu adalah lecturer aku.Dengan segala hormatnya aku memperkenalkan dia kat kau..
“What???Lecturer kau???Biar betik?Sofea masih tidak percaya..Kau jangan buat lawak antarabangsa kat sini.
“Ish kau ni..Ingat sekarang musim raja lawak ke?Kalau tak,tak kan aku nak lari dari dia.Nasib baik aku recognise dia awal-awal.Kalau tak,memang aku sengaja gali kubur sendiri la…
“ Rilex laa…Siapa nama lecturer kau tu?
“Entah,mr baboon kot..”Balas Aimi acuh tak acuh.
“Kau ni betul-betul laa..Main-main pulak.Geram Sofea dengan perangai Aimi.
“Encik Amirlaa…”
“ Ish…Aimi Nadia!
“What???Okey,Encik Amir Naufal…Puas hati.”Balas Aimi
“Ermmmm,nice name…Orangnya macammana?
“Dah,jangan nak fikir lebih-lebih…Sofea,kau tolong laa aku…”Aimi hampir merayu..
“ Kau nak suruh aku tolong apa?Apa yang aku boleh tolong?Kau jangan nak buat benda-benda pelik.Kau tu bukan boleh harap…Soal Sofea pelik + curiga.
“Kau kan orang kedua yang pandai dalam kampus kita selepas aku..So,aku nak dengar laa pandangan bernas dari kau.Apa yang aku patut buat kalo berhadapan dengan mamat berlagak tu…
“Ceh,sengal laa kau ni.Poyo jaa lebih.kata orang pandai,so,kau fikir laa sendiri..Sofea mula malas melayan keperasanan Aimi.
“ Tolong la beb…Kadang-kadang orang pandai ni kena tanya pendapat orang lain jugak…Apa kau rasa?Aku patut buat ap?
“Ya laa tu…Tak sangka aku,tinggi jugak tahap kepoyoan kau kan.Macam ni laa,kau buat laa slumber jaa kalo jumpa dia.”
“Boleh pakai ke idea bernas kau ni.Aku memang nak buat slumber,tapi tiap-tiap hari kena menghadap muka dia.macammana ni?
“Kau buat rilex jaa.lagipun,benda tu dah berlaku seminggu yang lepas.Aku confirm,dia tak kan ingat punya.Banyak lagi benda yang dia nak ingat.Janji kau jangan buat gabra biawak kau,confirm dia tak kan ingat punya.”
“ Betul ke?Ish,musykil jaa suggestion kau…tapi aku akan try.kalau tak jalan jugak,aku cari kau.Kau cari laa bakeup plan…Dah aku nak tidur,kau fikir laa eh..”
“ Senget betul kau.Problem kau,aku pulak yang nak kena fikir.Kau sesedap hati dan perasan jaa pergi tidur.Tak boleh jadi ni.Sofea mula membebel.
“ALAMAK!!!Nenek dah bebel…Baik aku tidur cepat.Aimi terus menarik selimutnya keparas dada.Tambah menambah sakit hati Sofea.
Sofea memandang gelagat Aimi.Geram dengan tingkahlaku Aimi tapi dia masih mampu tersenyum.Beberapa minit kemudian,lampu terus terpadam dan mereka hanyut dalam mimpi masing-masing.

******************************************************************************

Amir memandang ke syiling biliknya…Kotak fikirannya ligat memikirkan situasi didalam kelas.
“ Siapa laa agaknya budak berani mati tu kn.Memang sengaja menguji tahap keimanan aku tu.Aku beria-ia tunggu dia kat depan,macam tunggul kayu,dia boleh blah macamtu jer…Amir terus memikir.
“ Abang Amir….suara Aina,adik Amir mematikan lamunan Amir."
“ Ye..Kenapa Aina?Soalnya sambil memandang wajah adik kesayangan.
“ Mana novel yang Aina suruh belikan tu.Soal Aina sambil memerhatikan keliling bilik Amir.”
“ Ohh novel tu..ada je…cuba tengok kat atas meja tu.Abang rasa,abang letak kat situ.
“Aina terus melulu menuju kearah meja yang terletak disudut bilik.
“ Eh sabar-sabarlaa..Amir menegur peragai adiknya.Apalaa best sangat novel tu.Susah betul nak dapatkannya,sampai abang kena…Amir terhenti berkata-kata.Ingatannya singgah pada kejadian di kedai buku seminggu yang lalu...
“ Kena apa bang???Soal Aina pelik.
Amir masih memikirkan gadis yang telah membelasahnya..
“ ABANG!!!Aina mula naik berang..
“Ye..tak ada apa-apa laa..biasa je..Ok laa,pergi baca novel tu.”
“Abang halau Aina ye…Ish geramlaa dengan abang ni..
Ye laa..Abang halau ni…pergi balik cepat.abang nak berangan ni …
“Geram dengan abang ni..Aina menarik muka masam.geram dengan kelakuan Amir.Dia terus mengambil novel dan terus menutup pintu bilik dengan kasar.Amir hanya tersenyum memandang gelagat adiknya.Dia terus mengingat rupa paras gadis tersebut.
“Kenapa muka minah yang belasah aku tu macam muka si budak Aimi tu jer..Tak kan pelanduk serupa kot.Amir terus bermonolog sendiri.Kotak fikirannya ligat memikir akan kemungkinan bahawa Aimi adalah gadis yang membelasahnya.
“ Ish,macammana aku tak perasan langsung.Memang sejibik laa…Memang sah laa dia tu minah yang belasah aku.Amir terus menepuk dahinya…Patut laa dia terus blah.takut ak perasan laa tu..Amir masih lagi bermonolog.Kemudian dia tersenyum penuh makna…
“ Nasib kau laa Aimi..dapat lecturer macam aku..Siap laa kau…Kotak fikiran Amir terus merangka satu adengan nakal…